Pasport Malaysia dapat pengiktirafan kelima di dunia
KUALA LUMPUR, 18 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Pasport Malaysia dinobat kelima paling berkuasa dalam penarafan dunia, berdasarkan kajian Indeks Pasport Arton Capital.
Penarafan itu susulan status pasport Malaysia sebagai pemegang dokumen perjalanan yang boleh mengunjungi 153 negara tanpa memerlukan visa.
Manakala Greece, Korea Selatan dan Australia berada di tangga keenam dengan masing-masing memperoleh 152 destinasi.
Analisis perbandingan 199 pasport negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaksana bersandarkan beberapa faktor, termasuk pandangan masyarakat antarabangsa mengenai negara terlibat.
Tahun ini menyaksikan kedudukan teratas disandang oleh Jerman dengan 157 destinasi, manakala Sweden dan Singapura berada pada tangga kedua dengan masing-masing memperoleh 156 destinasi.
Selain itu, beberapa negara rantau Asia seperti Vietnam di tangga ke 76, China (66), Filipina (64) dan Thailand di kedudukan ke-55.
Bangladesh, Sri Lanka, Sudan Selatan, Habsyah, Somalia, Syria, Iraq, Pakistan dan Afghanistan berada pada kedudukan terbawah.