Berita UtamaUtama

Pertemuan empat mata Tun, Sultan Johor penyelesaian masalah

BANGI, 18 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Pertemuan empat mata antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, mampu mencari titik pertemuan dalam masalah yang dihadapi sekarang, kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sehubungan itu, beliau berharap, bekas Perdana Menteri dan Sultan Johor dapat bertemu demi kepentingan dan kedaulatan negara serta negeri Johor.

Katanya, sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mendesak beliau memilih antara Tun Dr Mahathir atau Sultan Johor, tetapi beliau tidak percaya wujud keperluan untuk memecahbelahkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

“DYMM Tuanku Sultan Johor dan YABhg Tun Dr Mahathir kedua dua nya adalah pemimpin dan negarawan yang dihormati serta disegani rakyat. Perbezaan pendapat di antara pemimpin adalah perkara biasa akan tetapi perbezaan pendapat ini mampu diselesaikan secara baik.

“Namun, saya membantah seruan yang dibuat oleh sesetengah pihak untuk menahan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad atas sebab kenyataan terbaharu beliau mengenai Forest City ini kerana kenyataan tersebut sama sekali tidak mempunyai sebarang unsur hasutan tetapi hanyalah fakta fakta yang dipetik daripada laman berita Bloomberg bertarikh pada 22 Nov 2016 serta pandangan peribadi beliau terhadap laporan tersebut.

“Justeru itu, adalah amat tidak wajar jika YABhg Tun ditahan kerana kenyataan terbaharu beliau itu. Ini tidak sama dengan kes kes penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh ahli politik,” katanya dalam Facebook beliau, malam ini.

Syed Saddiq berkata, beliau juga menentang sekeras-kerasnya penggunaan kata-kata kesat terhadap Sultan Johor oleh sesetengah penyokong berhubung isu itu.

“Kita bangsa yang beradab, bukan bangsa yang biadap. Tindakan seumpama ini tidak akan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul malah hanya akan memburukkan keadaan semasa. Sebaliknya, isu ini haruslah dikendalikan secara professional dan berhemah,” katanya.

Kelmarin, Sultan Johor, membidas Tun Dr Mahathir dengan mengatakan beliau cuba mencipta ketakutan dan mempergunakan isu perkauman untuk mencapai matlamat politik.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir berkata, 700,000 warga China yang terbabit dalam projek pembangunan gergasi di Johor akan diberikan kewarganegaraan.

http://www.ismaweb.net/2017/01/urus-niaga-forest-city-perlu-telus-didedahkan-tun-m/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Tun tak perlu dilayan…biarkan saja…mr siddiq punyai agenda serampang dua mata…kedua dua nya dlm satu dulang….bangsa johor lebih bijak…berfikir dan bertindak… bergerak tak bising dan diam tak sunyi….peranan arab masuk kg jual minyak attar dan batu aked dah lama lupus di perkampungan diJohor..makjun pun dah diganti…water terlajak dan mak dara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker