Dimensi

VIDEO | Anak muda perlu lupakan seteru orang lama, bina landskap baru: Ketua Pemuda ISMA

Bagi menjamin perubahan kepada negara, anak muda hari ini diseru membina landskap politik baru yang matang dan terbuka.

Antara yang perlu dilakukan dengan melupakan perseteruan orang lama parti masing-masing, yang saling bermusuhan hingga merugikan dalam sesetengah perkara.

Ketua Pemuda Isma, Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, sebenarnya banyak perkara asas yang boleh dipersetujui oleh parti-parti politik demi kepentingan negara seperti isu melibatkan teras negara dan kemajuan.

Katanya, sikap matang berpolitik akan membawa kepada persepakatan pada perkara asas meskipun berbeza parti politik dan inilah yang akan membawa kepada penyelesaian kepada banyak perkara.

Beliau berkata demikian ketika hadir sebagai panelis forum yang telah dianjurkan oleh Zaaba Institute of Leadership pada 14 Januari 2017 yang bertempat di Hotel De Palma, Ampang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker