Dimensi

VIDEO | Askar rejim Zionis tembak mati remaja Palestin

Askar rejim Zionis menembak mati seorang remaja Palestin ketika rusuhan di perkampungan Tuqu di selatan Tebing Barat, petang semalam, lapor jurucakap Palang Merah Palestin. Laporan itu menyebut, Qusay Hasan al-Umour, 17 tahun, ditembak dengan peluru hidup di dada, sebelum mayatnya diserahkan kepada pertubuhan kesihatan.

Doktor yang melakukan pemeriksaan di Hospital al-Hussein di Beit Jala berkata, mereka mengesan enam lubang peluru pada dada dan bahagian lain badan remaja itu. Askar rejim mendakwa remaja itu antara sekumpulan lelaki yang bertindak ganas dengan membaling batu ke arah tentera Israel.

Bagaimanapun, video diambil oleh wartawan Palestin, Hisham Abu Sharqah di muat naik selepas Qusay ditembak mati, kelihatan bercanggah dengan dakwaan rejim Zionis bahawa remaja itu adalah penghasut utama dalam rusuhan berkenaan.

Klip video menunjukkan askar rejim berlari ke arah remaja yang terbaring di sebalik pokok zaitun kira-kira 100 meter dari jalan di mana rusuhan berlaku.

Seorang pemuda Palestin dilihat melutut di sebelah Qusay sebelum melarikan diri.

Ketika cuba mengejar pemuda tadi, seorang askar Israel terlanggar kaki Qusay, sementara seorang lagi duduk di atasnya, sebelum lebih ramai lagi askar tiba.

Video itu menunjukkan empat anggota tentera, memegang kaki dan tangan serta mengangkatnya ke jalan yang dipenuhi askar Israel. Dapat dilihat ketika itu Qusay seolah-olah meronta.

Tidak pasti sama ada Qusay meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya ketika dalam tahanan itu.

Sumber: https://youtu.be/OY6gRE_7q44

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker