Dimensi

VIDEO | Contohi Tok Kenali & Zaaba dalam mencipta saluran sendiri

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaysia, Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata, anak muda hari ini perlu mencontohi tokoh-tokoh Melayu terdahulu dalam membina sendiri saluran untuk menzahirkan pandangan dan memainkan peranan mereka terhadap negara.

Katanya, generasi muda hari memilik banyak saluran bagi menyuarakan pandangan tetapi dengan syarat mesti memiliki kelebihan dan manfaat besar supaya suara mereka didengari.

“Generasi muda terdahulu hebat. Walaupun berada di zaman penjajah, tak ada saluran, maka mereka cipta saluran sendiri. Contohnya Tok Kenali, Haji Nik Mahmud dan Haji Mohd Nor yang telah menubuhkan Majlis Agama Islam Kelantan pada 1915 sekembalinya mereka dari Timur Tengah. Dengan itu, kegiatan Islam terpandu walaupun masih di bawah penjajahan.

“Pendeta Zaaba yang aktif menulis ketika di UPSI akhirnya mencipta gagasan agenda ekonomi Bumiputera yang memberi banyak faedah kepada Melayu hari ini,” katanya.

Oleh itu katanya, pada hari ini, tidak ada sebab anak muda tidak boleh menonjol kerana saluran terlalu banyak. Apa yang penting adalah mereka perlu betul-betul berkualiti supaya idea mereka didengari oleh pihak berwajib.

Forum anjuran Zaaba Institute of Leadership (ZIL) ini telah berlangsung pada 14 Januari 2017, bertempat di Hotel De Palma, Ampang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker