VIDEO | Jadi ‘gedebe’ dalam menonjolkan kebolehan, jangan jadi Si Tanggang
Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaysia, Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata, anak muda hari ini perlu menjadi ‘gedebe’ dalam menzahirkan pandangan dan menonjolkan kebolehan yang ada.
Sikap positif seperti ini perlu ada pada anak muda yang serba boleh, yang rapat dengan masyarakat, tidak seperti Si Tanggang, apabila berjaya terus menghina bangsa sendiri dan keluarga.
Tambah Dr Asri lagi, jika sikap sebegini ada pada diri anak muda, mereka akan jadi lebih dinamik, berpraktikal, lantang dalam memberi cadangan dan menunjukkan keprihatinan terhadap isu semasa.
Forum anjuran Zaaba Institute of Leadership ini telah berlangsung pada 14 Januari 2017, bertempat di Hotel De Palma, Ampang.