Berita UtamaUtama

Pemaju batalkan usaha sama bina projek perumahan bernilai RM3.5 bilion di Jakarta

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Pemaju hartanah terbesar Malaysia, membuat keputusan untuk membatalkan usaha sama membangunkan projek perumahan di Jakarta, Indonesia.

Pada 2 Ogos 2016, Sime Darby, I & P Group, S P Setia (Indonesia) dan PT Hanson International Tbk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan 500 hektar tanah di Maja, Tangerang, kira-kira 80 kilometer dari Jakarta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sime Darby berkata, ketiga-tiga syarikat berkenaan memutuskan untuk tidak meneruskan usaha sama dengan PT Hanson International Tbk.

Syarikat-syarikat itu juga ‘melaksanakan hak untuk menamatkan MoU itu berdasarkan syarat-syarat, berkuat kuasa serta-merta, kata Sime Darby, tanpa menyatakan sebab-sebab khusus atas pembatalan itu.

Projek itu mempunyai nilai pembangunan kasar RM3.5 bilion.

PT Hanson merupakan antara pemaju hartanah terbesar di Indonesia berdasarkan keluasan tanah, dengan memiliki lebih daripada 3,500 hektar di Jakarta. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker