Berita UtamaUtama

PLUS tawar rebat 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Pengguna Kenderaan Kelas 1 di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE akan menikmati rebat tol sebanyak 50 peratus sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

PLUS Malaysia Berhad menawarkan rebat itu kepada orang ramai yang menggunakan kaedah pembayaran tol elektronik pada 27 dan 30 Januari serta 3 dan 4 Februari depan, mulai jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pengguna perlu membayar tol pada kadar biasa, dan rebat akan dimasukkan apabila tambah nilai dilakukan di mana-mana Pusat Perkhidmatan PLUS.

“Ini adalah salah satu daripada langkah PLUS untuk mengagihkan trafik yang lazimnya amat tinggi pada waktu siang dan membahagikan sebahagian daripadanya ke waktu malam hingga awal pagi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan, beliau berkata, pihaknya telah mengaturkan pelbagai strategi bagi menjamin keselesaan dan kelancaran perjalanan di lebuh raya.

“Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada hari puncak antara 26 Januari hingga 5 Februari turut dikeluarkan.

“Ia adalah pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker