Berita UtamaDuniaUtama

Serangan di Damsyik bunuh tujuh orang awam

DAMSYIK, 19 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Serangan pengeboman rejim Bashar Al Assad di kawasan zon sengketa berhampiran ibu negara Syria pada Ahad lalu membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang awam, kata pemerhati.

Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, kejadian itu disifatkan sebagai serangan yang paling dasyat sejak gencatan senjata di seluruh negara itu dikuat kuasa.

Katanya, rejim kerajaan mengebom Deir Qanun, sebuah kampung di rantau Wadi Barada, di mana kawasan utama bagi sumber air di Damsyik.

“Ia adalah angka paling tinggi di sini sejak awal gencatan senjata pada 30 Disember lalu,” kata jurucakapnya, Rami Abdul Rahman.

Kejadian itu juga menyebabkan 20 yang lain cedera, dan beberapa orang lagi parah.

Aktivis Jawatankuasa Media di Wadi Barada berkata, serangan bom itu mensasarkan tempat perlindungan sementara yang menempatkan pelarian wanita dan kanak-kanak.

Pertempuran sengit antara rejim kerajaan dan pejuang anti-Assad telah menggegarkan Wadi Barada sejak Sabtu lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker