Berita UtamaDuniaUtama

Bekas bintang bola sepak Mesir dituduh pengganas kerana biaya Ikhwan Muslimin

KAHERAH, 20 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Mahkamah Mesir menyenaraikan Mohamed Abu Treka dalam senarai pengganas atas tuduhan bekas bintang bola sepak negara itu memberi sumbangan kepada gerakan Islam, Ikhwan Muslimin.

Pemerintah Mesir mendakwa Abu Treka membiayai Ikhwan Muslimin, pertubuhan yang dianggap pengganas sejak akhir 2013.

Berdasarkan undang-undang antikeganasan 2015 yang dilaksanakan Abdel Fattah Al-Sisi, mana-mana individu yang disenaraikan sebagai pengganas di Mesir, mereka dilarang untuk melancong dan semua aset akan disita.

Dilaporkan, selepas undang-undang itu dikuatkuasakan, kesemua aset Abu Treka telah dibekukan selepas dua tahun selepas persaraannya pada tahun 2013.

Abu Treka difahamkan adalah salah seorang pemain bola sepak Afrika yang paling cemerlang dalam generasinya, telah menyokong secara terbuka hasrat pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi, menjadi presiden pada tahun 2012.

Morsi kemudian menjadi presiden pertama yang dipilih secara demokrasi, namun digulingkan pihak tentera sehingga menyebabkan pergerakan Ikhwan Muslimin turut diharamkan.

Peguam Abu Treka, Mohamed Osman berkata, keputusan mahkamah itu bertentangan dengan undang-undang kerana pemain yang telah bersara itu tidak pernah disabitkan atau diberitahu secara rasmi mengenai sebarang dakwaan terhadapnya.

“Kami akan merayu terhadap keputusan ini,” katanya.

Pembekuan ke atas aset Abu Treka masih berkuatkuasa walaupun dua perintah mahkamah mengarahkan supaya ditarik balik.

Bagaimanapun, dalam temu bual dengan akhbar Al-Ahram pada Mei 2015, Abu Treka menafikan syarikat mahupun rakan kongsinya pernah membiayai gerakan Islam itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker