Berita UtamaUtama

Flotilla untuk Rohingya dapat lampu hijau Bangladesh


KUALA LUMPUR, 20 Rabiulakhir 1438H, Khamis
– Bangladesh telah memberi lampu hijau untuk “Flotila Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar” untuk memasuki kem pelarian masyarakat Islam Rohingya di Teknaf.

Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Bangladesh, Shahriar Alam berkata negara itu memberi akses yang sama kepada beberapa diplomat asing ke kem pelarian tersebut termasuk wakil Pertubuhan Bangsa Bersatu pada masa lalu.

“Ya, kami mengalu-alukan mana-mana negara untuk datang dan menyaksikan kesulitan, ia pengalaman yang sangat berguna untuk melihat sendiri keadaan,” kata kepada pemberita ketika diminta menjelaskan mengenai kebenaran bagi misi kemanusiaan diterajui Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar, di sini, berakhir hari ini.

Misi melibatkan 200 aktivis dari lapan negara untuk penghantaran 1,000 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan mendapat kebenaran, awal hari ini dari Myanmar untuk kapal yang membawa bantuan berlabuh di Yangon.

Misi itu dianjurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia dan MAPIM dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan Turki, Turkiye Diyanet Vakfi dan pasukan itu juga merancang untuk menjalankan misi kemanusiaan di Teknaf, Bangladesh.

Shahriar bagaimanapun menjelaskan bahawa kebenaran untuk memasuki kem itu dikawal kerana beberapa pihak dikesan menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan.

“Masyarakat Rohingya komuniti yang mudah terdedah, sangat mudah untuk mempengaruhi mereka.

“It akan menjadi fenomena berbahaya untuk Bangladesh dan dunia, jadi kita perlu memberi perhatian kepada perkara itu,” kata beliau. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker