Berita UtamaUtama

Mengajar tanpa tauliah, Khalid Samad didenda RM2,900

KLANG, 20 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didenda RM2,900 oleh Mahkamah Syariah Klang hari ini kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar pada tahun 2011.

Keputusan itu diputuskan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim selepas berpuas hati dengan hujahan pihak pendakwaan dan turut mempertimbangkan rayuan pembelaan secara keseluruhan.

Hairuddin turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya Khalid gagal membayar denda itu.

Khalid didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Jalan Taman Seri Sementa, 10.00-10.50 malam pada 16 Ogos 2011.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid dan Muhamad Rafizam Ahmad Supian, manakala Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah diwakili peguam Syarie, Dr Zulqarnain Lukman.

Sementara itu, mengulas mengenai status hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, Khalid berkata, beliau akan memfailkan rayuan mengenai hukuman di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, esok.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Nah ! kan……., Awas mungkin ini petanda tulah pada Ulama yg. pernah di momok momokkan atau setidak tidaknya tulah pada abang Shahril, Jangan marah ini barangkali saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker