Berita UtamaUtama

DBKL tetap tak benarkan Himpunan 355 di Dataran Merdeka


KUALA LUMPUR, 21 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap tidak membenarkan Himpunan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) diadakan di Dataran Merdeka.

Meskipun PAS membuat jaminan akan mengadakan himpunan secara aman dan tertib, pihak DBKL tetap dengan keputusannya dan meminta PAS mengadakan himpunan itu di Stadium Tititiwangsa.

“Tak boleh, saya dah beritahu beberapa kali, Dataran dengan Padang Merbok bukan untuk apa-apa perhimpunan. Semua perhimpunan (dibuat) dekat Stadium Titiwangsa.

“Itu (tak boleh buat di Dataran) tak perlu diberitahu lagi, semua orang dah tahu. Dah berapa kali saya beritahu, kecuali orang yang tak faham,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz kepada media.

Hari ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataam memberitahu bahawa sekretariat Himpunan RUU355 telah menerima surat dari DBKL bertarikh 13 Januari yang menolak himpunan berkenaan dibuat di Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, dalam surat berkenaan,DBKL tidak memberikan hujah permohonan mereka ditolak dan pihaknya akan membuat rayuan.

Himpunan RUU355 akan diadakan pada 18 Februari depan bertujuan untuk memberi penerangan dan menyatakan sokongan terhadap usaha presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menambah hukuman maksimum bagi kes-kes di Mahkamah Syariah.

Rang undang-undang itu dijangka akan dibentangkan pada sesi Parlimen bulan Mac depan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker