Berita UtamaUtama

MCA minta jawatan TPM II bukan DAP, kata Tun Dr Mahathir

BANGI, 21 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memperbetulkan kenyataan yang melaporkan beliau sebagai berkata parti DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua.

Beliau berkata, Jabatan Penerangan telah melaporkan bahawa Datuk Loke Yuen Yaw menggesa Datuk Seri Najib Razak pada 2009 untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk diisi oleh Presiden MCA, bagi membuktikan perkongsian kuasa yang sebenarnya.

“Saya telah dilaporkan berkata DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua. Saya ingin memperbetulkan kesilapan itu. Ianya bukan DAP, tetapi MCA,” katanya dalam blog beliau hari ini.

Beliau turut meletakkan laporan teks dalam bahasa Malaysia mengenai gesaan itu.

CADANGAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KE-II DARIPADA MCA
Datuk Loke Yuen Yow, Timbalan Setiausaha Agung MCA dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan “perkongsian kuasa sebenar”.

Menurut Loke lagi, jawatan kedua Timbalan Perdana Menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker