Rizab antarabangsa BNM sebanyak RM422.9 bilion pada 13 Januari 2017
KUALA LUMPUR, 21 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$94.3 bilion (bersamaan RM422.9 bilion) pada 13 Jan 2017 berbanding RM424.2 bilion (US$94.6 bilion) yang direkodkan pada 30 Dis, 2016.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (US$87.1 bilion), rizab Dana Mata Wang Antarabangsa (US$800 juta), hak pengeluaran khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.4 bilion) dan aset-aset rizab yang lain (US$3.9 bilion).
Aset bank pusat termasuk emas dan tukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM422.877 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.235 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM902.157 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.788 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM11.256 bilion).
Liabiliti termask modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM145.944 bilion), mata wang dalam edaran (RM99.863 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM160.375 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM14.889 bilion), deposit lain (RM306.739 juta), kertas Bank Negara (RM8.612 bilion), peruntukan SDR (RM8.118 bilion) dan liabiliti lain (RM10.963 bilion). – Bernama