Berita UtamaUtama

Mangsa banjir di Kelantan meningkat 2,744 orang

KOTA BHARU, 22 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 2,744 mangsa pada jam 9 pagi berbanding 1,763 pada jam 12 tengah malam tadi.

Kesemua mangsa daripada 744 keluarga kini ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara di tujuh daerah.

Berdasarkan sumber portal eBanjir Kelantan, daerah Kota Bharu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,088 mangsa daripada 284 keluarga.

Hujan berterusan sejak kelmarin juga menyebabkan beberapa sungai utama di Kelantan terus meningkat iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang di paras bahaya, 10.01 meter (m), Sungai Semerak Pasir Puteh paras amaran 2.51m dan paras berjaga masing-masing Sungai Golok di Jenob (21.87m) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (13.46m).

Sementara itu, sembilan laluan ditutup melibatkan tujuh laluan di Machang dan masing-masing satu di Bachok dan Kota Bharu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker