Berita UtamaDuniaUtama

Ribuan penduduk Palestin berhimpun bantah Israel roboh bangunan

Gambar fail

RAMALLAH, 22 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Kekejaman Israel tidak pernah terhenti, kali ini regim Zionis itu merobohkan perumahan di kampung wilayah Negev.

Susulan itu, ribuan penduduk Palestin mengadakan protes di seluruh wilayah diduduki bagi membantah tindakan tentera Israel menyerang dan merobohkan beberapa bangunan di kawasan itu.

Seorang penduduk di Haifa, Kholoud Abu Ahmed berkata, mereka sudah tidak tahan dengan kekejaman Israel ini.

“Jadi kami adakan demonstrasi untuk membantah tindakan Zionis dan supaya suara rakyat Palestin didengari.

“Kami tidak boleh terima diusir dari rumah kami, dipinggirkan dan dibunuh,” katanya.

Beliau juga berkata, rakyat Palestin akan terus protes dan menentang tindakan serta keganasan rejim Israel itu jika perkara ini berterusan.

Kelmarin, beberapa kumpulan tentera Israel menyerbu kawasan kejiranan Umm al-Hayran untuk merobohkan beberapa rumah rakyat Palestin yang sedang dalam pembinaan.

Bagaimanapun, tindakan pasukan keselamatan Zionis itu mencetuskan kemarahan penduduk sekali gus menyebabkan pertempuran sehingga memaksa tentera melepaskan gas pemedih mata, peluru getah serta bom asap bagi menyuraikan orang ramai. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker