Berita UtamaDuniaUtama

Trump angkat sumpah Presiden AS, ribuan rakyat tunjuk protes

WASHINGTON, 22 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Donald Trump ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington DC, hari ini.

Trump mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, John Roberts pada pukul 1.05 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, dalam masa upacara angkat sumpah Trump, ribuan rakyat negara itu mengadakan tunjuk perasaan protes di seluruh Washington.

Sambil melaungkan slogan menolak Amerika Fasis, mereka menegaskan pelantikan Trump dan naib presidennya, Mike Pence sebagai tidak sah.

Mereka turut membawa sepanduk yang ditulis ‘Menentang Trump Setiap Hari’ dan ‘Keadilan dan Hak Asasi Untuk Semua’.

Sekumpulan penunjuk perasaan turut melakukan pembakaran di jalan selain membawa patung plastik gajah berwarna putih setinggi 4.6 meter yang di­tulis perkataan ‘perkauman’.

Polis Washington memaklumkan, pihaknya menahan lebih 90 orang atas kesalahan vandalisme dalam demonstrasi aman di seluruh bandar raya ini, sebagai membantah majlis angkat sumpah Trump.

Dalam pada itu, Bekas Presiden AS, Barack Obama, berlepas dari ibu kota Amerika Syarikat untuk menikmati percutian singkat di California bersama isterinya, Michelle, selepas menyerahkan kuasa kepada Trump.

Obama menuju ke Palm Springs, California untuk berehat selepas menamatkan tempoh lapan tahun di Rumah Putih. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker