Berita UtamaKomunitiPendapatUtama

Ke mana masa muda kita habiskan?

Letak pengakhiran hidup dikehendaki sebagai matlamat utama

SAUDARI Dhzarif Aliah Sabri, atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Aliah, menyeru kepada semua peserta Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk (JUMS) untuk menggunakan masa muda dengan sebaiknya.

Dalam slot PENTASxEropah yang diadakan pada malam kedua JUMS, Dr Aliah berkongsi bahawa masa muda ialah waktu yang kritikal bagi seseorang individu untuk membentuk dan membina tiga kualiti diri; pengukuhan nilai teras peribadi, pembentukan karakter dan juga pembinaan daya ketahanan diri.

Dr Aliah ialah salah seorang aktivis ISMA yang aktif bergiat dalam aktiviti dan program ISMA di United Kingdom selama enam tahun. Setelah berjaya memperoleh ijazah doktor perubatan di Cardiff University, Wales, kini Dr Aliah sedang berkhidmat sebagai doktor pelatih di Glan Clwyd Hospital, Wales dan dikhabarkan akan menamatkan latihannya pada Julai 2020.

Dr Aliah juga menekankan beberapa prinsip yang wajar diterapkan dalam diri pemuda muslim. Yang pertama, meletakkan pengakhiran hidup yang dikehendaki sebagai matlamat utama, menjalani kehidupan bersama dan untuk orang lain, dan sentiasa bersabar dan istiqamah dalam apa jua keadaan.

Sebagaimana kata-kata Saidina Ali ibn Abi Talib “Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini”, wajarlah setiap pemuda muslim untuk sedar akan kepentingan penerapan nilai Islam dalam diri dan pembentukan jati diri yang teguh, yang seterusnya akan membimbing negara di persada dunia.

Marsya Mat Noor
Biro Komunikasi dan Media ISMA UK-Eire

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker