Berita UtamaPendapat

Diturunkan pangkat kerana tidak turut perintah?

Apa yang berlaku kepada bekas KP Tourism Malaysia malapetaka kepada semua penjawat awam

SUATU yang mengejutkan dan pertama kali dalam sejarah negara apabila Ketua Pengarah diturunkan pangkat oleh Menteri Pelancongan. Sumber media sosial mendedahkan Datuk Ammar selaku Ketua Pengarah Tourism Malaysia diturunkan pangkat bukan kerana kerja merosot tetapi kerana enggan patuh arahan.

2. Jika diambil kira khidmat Datuk Ammar yang telah berkhidmat selama 35 tahun dengan Tourism Malaysia sejak ia ditubuhkan. Rekod perkhidmatan beliau selama itu cemerlang kerana berkhidmat tanpa sebarang aduan selama berada di bawah beberapa menteri sejak era zaman Tun Dr Mahathir, zaman Tun Abdullah, Datuk Seri Najib, kembali semula dengan Tun Dr Mahathir, seterusnya Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Sabri, tiba-tiba dipecat di zaman PMX.

3. Di mana silapnya? Suatu yang tak masuk akal setelah begitu lama berkhidmat tiba-tiba diturunkan pangkat. Khabar angin di media sosial, beliau diturunkan pangkat antara lainnya kerana tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengiktiraf Kampung Baru Cina – satu agenda yang dibantah keras oleh gabungan NGO-NGO Melayu dari Gabungan Nasionalis sehingga gabungan NGO itu mengadakan sidang media tergempar di Kelab Sultan Sulaiman.

4. Khabar angin juga mengatakan beliau menolak untuk menghapuskan ‘homestay’ di Malaysia dan mempertahankannya kerana ‘homestay’ adalah merupakan pendapatan bagi orang Melayu dan tempatan.

5. Beliau juga dikatakan membantah tindakan menteri memberi keutamaan dan keistimewaan kepada pelancong Cina sehingga negara berdepan dengan masalah kemasukan 1.2 juta pelancong dari China yang tidak mendaftar keluar. Dan membangkitkan soal ini kerana ia merupakan masalah keselamatan negara.

6. Begitu juga desas-desus yang mengatakan menteri telah memberi kelulusan Geran Pelancongan kepada banyak syarikat Cina dan terbaru ada satu acara yang diadakan di Laos khabarnya menteri telah mengarahkan majlis dihidangkan dengan masakan yang mengandungi babi tetapi telah dibantah oleh Datuk Ammar.

7. Selain itu khabar angin mengatakan bahawa menteri tidak berminat dengan hotel yang ada ‘Syariah compliance’ dan ‘Muslim friendly concept’ kerana dikatakan tidak mencerminkan semangat perpaduan. Inilah antara khabar angin dan desas-desus yang berlegar di media yang sebarannya mencecah ribuan ‘viewer’ dan sangat membimbangkan jika ia benar.

8. Apa sekalipun yang berlaku ke atas Datuk Ammar, ia adalah merupakan malapetaka kepada semua penjawat awam hatta yang berpangkat Ketua Pengarah juga tidak terjamin selamat daripada dipecat sekiranya berpegang kepada prinsip Perlembagaan Perkara 3 kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, apatah lagi kini ia bagai sudah tidak bererti lagi apabila Bak Kut Teh (sup babi) menjadi Makanan Kebangsaan Negara yang dihidangkan apabila menyambut tetamu kehormat dari dalam dan luar negara.

Haji Rashidi Haris
Ketua Sekretariat Nasionalis

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker