PRK Sungai Bakap: Polis buka dua kertas siasatan
Kesalahan rosakkan bahan kempen, edar risalah menyalahi undang-undang
NIBONG TEBAL, 26 Zulhijjah 1445H, Rabu – Polis membuka dua kertas siasatan setakat 12 hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ia melibatkan kesalahan merosakkan bahan kempen dan mengedarkan risalah menyalahi undang-undang.
Susulan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad meminta sebelum hari pengundian Sabtu ini, mengundi Sabtu ini, semua pihak diingatkan supaya tidak menimbulkan provokasi ketika berkempen.
Ini termasuk kegiatan khianat atau merosakkan bahan dan harus mengelakkan isu Raja, Agama dan Kaum (3R) sepanjang tempoh berkempen.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana parti politik atau individu yang melanggar undang-undang dan peraturan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.