Berita UtamaDuniaUtama

Tentera Yaman, Iraq serang sasaran penting Israel di Haifa

Operasi diteruskan selagi rejim tak hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza

SANA’A, 26 Zulhijjah 1445H, Rabu – Angkatan bersenjata Yaman melancarkan operasi ketenteraan anti-Israel bersama-sama dengan pasukan Iraq untuk menyokong rakyat Palestin di Gaza.

Jurucakapnya, Brigedier Jeneral Yahya Saree dalam satu kenyataan berkata, tentera menggunakan peluru berpandu bersayap untuk menyasarkan sasaran penting di bandar pelabuhan Haifa di Palestin yang diduduki.

Saree berkata, tentera Yaman dan rakan-rakan mereka di Iraq – kumpulan pejuang antikeganasan – menjalankan operasi itu dan berjaya mencapai objektif.

Katanya, tentera akan meneruskan operasi sedemikian sehingga rejim Israel menamatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Angkatan Bersenjata Yaman melakukan empat operasi terhadap kapal milik rejim Israel, Amerika Syarikat dan UK, yang dikenal pasti sebagai “Trio of Evil.”

Katanya, mereka menyasarkan perkara yang tidak difikirkan dan tidak dapat dibayangkan oleh musuh.

“Perkara yang tidak dapat dibayangkan oleh orang Yaman mahupun penduduk negara [Arab dan Islam].

“Jika musuh meneruskan serangannya ke atas Gaza, di mana akan ada tindakan yang tidak dapat dibayangkan oleh orang Yaman sendiri, begitu juga Amerika,” katanya memberi amaran.

Angkatan Bersenjata Yaman jugaberkata, mereka tidak akan menghentikan serangan sehingga Israel menghentikan serangan darat dan udaranya.

Rakyat Yaman telah mengisytiharkan sokongan terbuka terhadap perjuangan Palestin menentang Israel sejak rejim itu melancarkan kempen ganasnya di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

Israel telah membunuh hampir 38,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker