Berita UtamaDunia

Kabinet baharu Mesir angkat sumpah

Perkenalkan kementerian baharu terutama portfolio ekonomi

KAHERAH, 27 Zulhijjah 1445H, Khamis – Kabinet baharu Mesir mengangkat sumpah di hadapan Presiden Abdel-Fattah al-Sisi, di Istana Al-Ittihadiya, memetik stesen televisyen kerajaan Nile TV.

Sebelum majlis, al-Sisi menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera, menggantikan Mohamed Zaki.

Kabinet baharu ini diketuai Perdana Menteri, Mostafa Madbouly, yang memegang jawatan itu sejak 2018.

Terdiri daripada 30 menteri, Kabinet baharu ini menyaksikan penggabungan beberapa kementerian dan pengenalan kementerian baharu terutama portfolio ekonomi.

Ahad lalu, al-Sisi berkata, keutamaan utama Kabinet baharu adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan harga dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Pemerintah Mesir baru-baru ini melahirkan hasratnya beralih sepenuhnya daripada agihan subsidi barangan kepada sistem subsidi tunai.

Kementerian Elektrik bertanggungjawab ke atas sistem tenaga Mesir, yang sejak 2023 dibelenggu gangguan harian yang dikaitkan dengan kekurangan bekalan gas, yang diuruskan kementerian petroleum. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker