Artikel KhasBerita Utama

Kes kesihatan mental kanak-kanak makin meningkat membimbangkan

Apakah amalan dan beban pendidikan post COVID jadi faktor? Perlu data untuk sahkan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 27 Zulhijjah 1445H, Khamis – Kajian tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur 5 hingga 15 tahun semakin membimbangkan.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan, masalah kesihatan mental membabitkan golongan berkenaan sudah meningkat kepada 16.5 peratus atau 922, 318 tahun lalu daripada 7.9 peratus atau 424, 000 pada 2019.

Katanya, mengikut laporan, ia adalah peningkatan sebanyak dua kali ganda.

Bimbang dengan situasi berkenaan, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan UKM, Dr Anuar Ahmad berkata, sesuatu perlu dilakukan berikutan masalah kesihatan mental membabitkan kanak-kanak dan remaja ini sudah menghampiri sejuta.

“Mereka masih terlalu muda, tapi hidup mereka sudah tidak gembira dan tertekan.

“Apakah amalan dan beban pendidikan post COVID juga menjadi faktor penyumbang kepada meningkatnya gejala ini? Perlu ada data untuk mengesahkannya,” soalnya.

Dr Dzulkefly sebelum ini berkata, pihaknya sudah melaksana Program Minda Sihat Sekolah iaitu kolaborasi di antara KKM dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang dilaksanakan di 2,456 sekolah menengah dan 7,776 sekolah rendah.

Katanya, KKM juga berusaha meningkatkan bilangan pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja kepada 30 orang menjelang 2027, berbanding 18 pakar yang ada di hospital KKM setakat ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker