Berita UtamaUtama

Seleweng RON95 pula meningkat

Jumlah tangkapan meningkat kepada 17 orang

PUTRAJAYA, 27 Zulhijjah 1445H, Khamis – Sebanyak 46 kes penyelewengan petrol RON95 direkodkan dengan nilai rampasan 14,011 liter, selepas 20 hari pelaksanaan penyasaran susbsidi diesel iaitu pada 10 Jun lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kes menunjukkan peningkatan berbanding 37 kes dengan rampasan 17,064 liter bagi tempoh 20 Mei hingga 9 Jun lepas.

“Jumlah tangkapan pula telah meningkat daripada 10 orang kepada 17 orang dalam tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam tempoh sama juga, jumlah kes yang melibatkan penyelewengan minyak diesel telah menunjukkan penurunan signifikan.

Beliau berkata, bagi tempoh 20 Mei hingga 9 Jun lepas, jumlah kes yang telah direkodkan ialah sebanyak 65 kes dengan rampasan diesel sebanyak 520,803 liter.

Manakala bagi tempoh 10 Jun hingga 30 Jun lepas, katanya, menunjukkan penurunan drastik dengan hanya 14 kes direkodkan di seluruh negara melibatkan jumlah rampasan minyak diesel sebanyak 68,457 liter.

“Perbandingan ini menunjukkan berlakunya penurunan rampasan diesel sebanyak 87 peratus selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dengan individu ditahan berkurang daripada 40 orang kepada seorang sahaja,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, kementerian akan terus mempertingkat tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas aktiviti penyelewengan barang kawalan di bawah Ops Tiris 3.0 di seluruh negara.

“Ini akan melibatkan kerjasama rapat agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan isu ketirisan dapat diatasi secara menyeluruh dan berkesan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker