Berita UtamaUtama

Jabatan Mufti Terengganu sokong penuh RUU Mufti Wilayah Persekutuan

Martabat ajaran Islam berasaskan ASWJ

KUALA LUMPUR, 3 Muharam 1446H, Selasa – Jabatan Mufti Negeri Terengganu menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat.

RUU itu memartabatkan ajaran Islam yang telah menjadi arus perdana diamalkan sejak dahulu hingga sekarang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Justeru, Jabatan Mufti Terengganu berpendirian RUU Mufti hendaklah disokong sebulat suara semua umat Islam di negara ini agar ia diluluskan seperti dibentangkan di Parlimen.

“Hal demikian kerana RUU Mufti memartabatkan ajaran Islam yang telah menjadi arus perdana diamalkan sejak dahulu hingga sekarang berasaskan pegangan ASWJ berpandukan manhaj al-Asyairah dan al-Maturidiyyah dari segi akidahnya.

“Dari segi syariat, RUU Mufti berpandukan mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab muktabar lain, iaitu Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

“Manakala dari segi tasawuf pula, RUU Mufti berpegang dengan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar membentangkan tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia merangkumi RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker