Berita Utama

‘Selagi Zahid pimpin UMNO, PAS pun takkan kerjasama…’

Abdul Hadi terus istiqamah di atas dasar penyatuan ummah

KUALA LUMPUR, 3 Muharam 1445H, Selasa – “PAS pun tak akan menjalinkan kerjasama selagi Datuk Seri Ahmad Zahid menjadi Presiden UMNO.”

Demikian respons Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kepada ucapan Ahmad Zahid bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan partinya jika Tan Sri Abdul Hadi Awang memegang jawatan Presiden parti itu.

Zahid dilaporkan mendakwa PAS tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka.

“Saya pernah berbincang empat mata dengan Abdul Hadi. Hari ini depan-depan setuju. Namun, keesokannya dia tukar. Setuju-setuju kemudian di belakang dia tukar kembali. PAS ini berbohong dari dahulu sampai sekarang.

“Selagi orang itu jadi Presiden, jangan harap kita bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam itu,” dakwa Zahid.

Tuan Ibrahim menegaskan, Abdul Hadi sudah mengangkat kejayaan besar PAS dalam sejarah perjuangan dan menjadi petanda beliau berada di atas laluan yang betul.

“Presiden PAS terus istiqamah di atas dasar penyatuan ummah atas dasar dan panduan Ilahi, bersatu di atas kebaikan dan taqwa, bukan bantu dalam mendukung kebatilan dan dosa,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mengambil contoh keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap baru-baru ini, beliau yakin penolakan pengundi Melayu bahkan Cina adalah petunjuk jelas rakyat menolak kerajaan.

“Saya yakin, selagi Ahmad Zahid memimpin UMNO, ia menjadi berita baik bagi PN.

“Kerana ia akan melarikan ahli UMNO kepada PN, bahkan ia menjadi liabiliti kepada kerajaan PH-BN,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker