Berita UtamaDunia

PBB desak Israel hentikan kempen kebuluran kanak-kanak Palestin

Dunia patut campur tangan lebih awal halang kempen jahat rejim penjajah

NEW YORK, 4 Muharam 1445H, Rabu – Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa kempen kebuluran secara berterusan yang menyasarkan kanak-kanak di Gaza adalah satu bentuk keganasan yang disengajakan oleh rejim Israel.

Jurucakap PBB mengesahkan, seramai 34 rakyat Palestin meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan sejak 7 Oktober dan majoritinya adalah kanak-kanak.

Tiga kanak-kanak yang meninggal dunia baru-baru ini direkodkan akibat kekurangan zat makanan.

Perkara itu disahkan selepas beberapa yang lain mati akibat kelaparan di utara Gaza awal tahun ini.

Antaranya Fayez Ataya, 6 bulan, meninggal dunia pada 30 Mei; Abdulqader Al-Serhi, 13, meninggal dunia pada 1 Jun di Hospital Al-Aqsa di Deir Al-Balah, manakala Ahmad Abu Reida, 9, meninggal dunia hanya dua hari kemudian di dalam khemah yang melindungi keluarganya di Al-Mawasi, Khan Younis.

“Kematian kanak-kanak ini disahkan akibat kebuluran, meskipun diberi rawatan perubatan di tengah Gaza, maka tidak ada keraguan bahawa kebuluran semakin merebak dari utara Gaza ke tengah dan selatan Gaza,” kata PBB dalam kenyataan.

Justeru, badan dunia itu menggesa Israel menghentikan kempen kebuluran yang dilancarkan kerana tidak mahu malapetaka dan bencana di Palestin menjadi makin dahsyat.

“Seluruh dunia sepatutnya campur tangan lebih awal untuk menghentikan kempen jahat ini dan menghalang kematian ini,” kata PBB. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker