Berita UtamaUtama

Kerajaan sedia bincang pinda akta lompat parti

Dulu Bersatu tolak keras usul, ramai tidak tahu, kata PM

PUTRAJAYA, 6 Muharam 1446H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedia berbincang bagi meminda akta lompat parti untuk memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang-undang berkenaan,

“… bagi saya kalau nak pinda boleh, kita bincang supaya siapa sahaja (tidak terkecuali). Dahulu dia (pembangkang) menentang, ramai tak tahu,” katanya seperti dilapor BH.

Anwar berkata, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini pernah mengusulkan supaya siapa sahaja yang ditolak oleh parti, secara automatik digugurkan sebagai Ahli Parlimen.

“Dia (Bersatu) tolak keras sampai kita bertolak ansur dan akhirnya jadi undang-undang (yang ada) sekarang. Jadi kalau dia nak pinda, kita boleh bincang, boleh pinda,” katanya.

Pada 20 Jun lalu, Bersatu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikosongkan.

Notis itu dikemukakan berdasarkan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan, iaitu seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli dewan dan kerusinya menjadi kosong apabila tidak lagi menjadi anggota parti politik.

Bagaimanapun, Johari dalam keputusannya menolak permohonan Bersatu bagi mengosongkan enam kerusi Parlimen berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker