Berita UtamaUtama

PAS tak tanding PRK, kerusi DUN Nenggiri milik Bersatu

Tuan Ibrahim tegaskan tiada isu berebut kerusi

KOTA BHARU, 6 Muharam 1446H, Jumaat – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah milik Bersatu, tegas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS berkata, Perikatan Nasional (PN) mengambil prinsip kerusi berkenaan adalah milik parti yang menang sebelum ini.

Justeru, katanya, Bersatu akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri pada bulan depan.

“Tidak timbul isu PAS dan Bersatu berebut kerusi kerana secara prinsipnya kerusi berkenaan adalah milik Bersatu. Walaupun perkara ini bukan diputuskan menerusi mesyuarat, namun kita mengguna pakai prinsip sedia ada.

“PN juga akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor BH.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa PAS Gua Musang sudah menghantar tiga nama calon kepada pimpinan negeri untuk dipertimbangkan bagi bertanding PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini.

Bagaimanapun, mengulas mengenai perkara itu, Tuan Ibrahim menyifatkan ia sebagai pandangan masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Bersatuu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor memaklumkan pucuk pimpinan parti itu akan memuktamadkan calon yang akan bertanding pada minggu depan selepas beberapa nama dihantar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker