Berita UtamaDuniaUtama

Penduduk Gaza diarah ke pantai ‘selamat’ tanpa infrastruktur

Kawasan terlalu sesak sehingga ada khemah hampir ke dalam pantai

GAZA, 6 Muharam 1446H, Jumaat – Ketika orang awam di Gaza terus dipindahkan dari utara ke selatan, mereka diarahkan oleh tentera Israel ke arah kawasan al-Mawasi, zon selamat yang diisytiharkan.

Tetapi kawasan itu hanya terdiri daripada tanah berpasir tanpa infrastruktur sama sekali, kata, penasihat badan amal British OXFAM, Fidaa al-Araj.

“Sebelum perang bermula, al-Mawasi hanyalah sebidang tanah di pantai, bukan kawasan perumahan… tidak ada infrastruktur atau sebarang bangunan,” kata al-Araj kepada Al Jazeera dari kawasan al-Mawasi.

Berpuluh-puluh ribu orang kini tinggal bersesak-sesak di tempat perlindungan yang telah diubahsuai dengan kepingan plastik atau selimut.

Kawasan itu begitu sesak sehingga empat baris khemah sangat menghampiri ke dalam pantai, katanya.

“Tiada air untuk diminum, tiada laluan mudah untuk pengangkutan, tiada bekalan elektrik atau talian bekalan elektrik – ia sangat sukar,” katanya.

Di samping keadaan kehidupan yang buruk, agensi kemanusiaan telah mempersoalkan istilah ‘selamat’ kerana kawasan itu telah menjadi sasaran berulang kali oleh tentera Israel.

Pada akhir Mei, tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 21 rakyat Palestin dalam serangan udara.

Manakala pada bulan Jun, ia menyerangnya sekali lagi, membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan 50 yang lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker