Apa Kata PakarBerita Utama

Negara ada peraturan perlu patuh, Akmal selar Anthony Loke

'Jika untuk liga bola sepak negara pon tak dibenarkan, apa lagi sekolah'

BANGI, 18 Muharam 1446H, Rabu – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan mempertahankan polisi sedia ada berhubung sumbangan kepada pihak sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Polisi ini mesti dipertahankan walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook,” tegasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Akmal berkata demikian selepas Setiausaha Agung DAP itu mendakwa isu sumbangan ini tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penglibatan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.

“Syarikat minuman keras telah menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina sejak 30 tahun lalu dan saya juga ada menghadirinya,” kata Loke.

Tetap tidak bersetuju, Akmal menegaskan bahawa anak-anak kita mesti dibebaskan dari anasir yang tidak baik.

“Jika liga bola sepak negara pon tidak dibenarkan syarikat sebegini untuk menyumbang, apa lagi untuk sekolah di dalam negara ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun menyokong penuh kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memberi jaminan untuk mempertahankan polisi tidak dibenarkan sumbangan dari syarikat arak, rokok dan judi diberikan kepada pihak sekolah

Fadhlina dilaporkan berkata, meskipun semua sumbangan dialu-alukan, namun ia mesti mengikut garis panduan kementerian.

“Saya menasihatkan untuk mematuhi garis panduan terbabit dan pihak sekolah perlu memastikan tanggungjawab berkenaan dilaksanakan di peringkat pentadbir bagi membolehkan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dilaporkan menerima sumbangan daripada sebuah syarikat arak yang merupakan salah satu penyumbang semasa Konsert Amal Pendidikan.

Usaha itu dakwa bagi mengumpul dana membina dewan di sekolah itu.

Susulan itu, KPM mengesahkan sedang melakukan siasatan lanjut berhubung isu berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker