Berita Utama

Berjasa kecam keras pembunuhan as-Syahid Ismail Haniyeh

Israel pengecut berdepan pejuang, cabul kepada kedaulatan Palestin

BANGI, 26 Muharam 1446H, Khamis – Parti Berjasa mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan khianat dan keji terhadap pemimpin tertinggi Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), As-Syahid Ismail Haniyeh, awal pagi semalam.

Ketua Penerangan Berjasa, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, pembunuhan yang berkemungkinan besar didalangi rejim Zionis ini menampakkan secara jelas sisi pengecut Israel untuk berhadapan dengan pejuang Palestin.

Katanya, rejim Zionis yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu ini secara sengaja tidak mahu meneruskan rundingan gencatan senjata dengan terus membunuh pemimpin Palestin yang dipilih secara sah oleh rakyat Palestin.

“Tragedi pembunuhan terhadap pemimpin tertinggi Hamas dan Palestin ini merupakan satu tindakan pencabulan kepada kedaulatan Palestin.

“Ia secara tidak langsung memberikan signal rejim Zionis ini tidak menghormati sesiapa pun termasuk institusi antarabangsa,” katanya.

Atas daar itu, BERJASA menyeru semua negara Islam mengambil tindakan yang tegas terhadap rejim Zionis, tidak cukup dengan hanya menyuarakan bantahan sahaja.

“Ini kerana terlalu banyak siri kebiadaban rejim itu sendiri ketika berperang,” katanya.

Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

As-Syahid merupakan pemimpin politik utama kumpulan pejuang Islam, Hamas.

Musuh Israel menggeruni tokoh ini sehingga terpaksa memfitnah beliau dan Hamas. Beliau merupakan pemimpin paling diburu Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker