Berita UtamaDuniaUtama

Israel dakwa berjaya ‘bunuh’ Mohammed Deif

Hamas tegaskan hanya Briged Al-Qassam boleh sah atau nafi kesyahidan panglima itu

TEL AVIV, 27 Muharam 1446H, Jumaat – Israel hari ini mengumumkan telah ‘menghapuskan’ ketua sayap tentera Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Mohammed Deif.

Dalam tulisan di X, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menulis: “Kami kini boleh mengesahkan: Mohammed Deif telah disingkirkan.”

Pasukan pendudukan melakukan serangan udara ke atas zon selamat Al-Mawasi di Gaza bulan lalu dan mendakwa telah membunuh Deif dan Komander Briged Khan Younis, Rafa’a Salameh.

Sebelum ini, tentera rejim menarik balik kenyataan itu dengan mengatakan “setakat ini, tiada maklumat perisikan baharu diterima yang membolehkan untuk mengukuhkan atau membuktikan kebenaran pembunuhan Deif.”

Bagaimanapun, hari ini ia mengumumkan bahawa pada 13 Julai 2024, jet pejuang IDF telah menyerang di kawasan Khan Younis, dan berikutan penilaian risikan, adalah boleh disahkan bahawa Mohammed Deif telah disingkirkan dalam serangan itu.

Mohammed Deif yang merupakan Panglima Briged Izz Al-Din Al-Qassam dikatakan menjadi perancang di sebalik penyusupan rentas sempadan 7 Oktober ke Israel oleh pejuang Palestin.

Mengulas dakwaan Israel, kumpulan Palestin itu berkata, hanya Briged Al-Qassam boleh “mengesahkan atau menafikan kesyahidannnya.”

Pengumuman itu dibuat sehari selepas pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker