Berita Utama

Zahid mohon maaf terkhilaf sebut ‘hidup Israel’

Walau seorang Ismail Haniyeh gugur, ribuan mujahid lagi akan dilahirkan

BANGI, 30 Muharam 1446H, Isnin – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafannya ketika berpidato pada Himpunan Pembebasan PalestiN di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.

“Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin!,” demikian tulisnya di hantaran Facebook.

Presiden UMNO itu dipercayai memperjelaskan kesilapannya melaungkan ‘hidup Israel’ ketika berpidato di himpunan berkenaan.

Tular juga beberapa klip video tular di media sosial menyaksikan beliau tersasul melaungkan bahawa ‘rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum akan terus memberi dukungan kepada perjuangan rakyat Israel’ ketika berpidato.

Bagaimanapun, kesilapan itu disambut dengan jeritan orang ramai ketika mereka cuba membetulkan kesilapan Ahmad Zahid.

Zahid menegaskan, perhimpunan itu bukan sahaja isyarat rasa cinta terhadap keamanan, kedamaian dan menolak sekeras-kerasnya penindasan serta kezaliman manusiawi, malah bagi memperingati pemimpin tertinggi Hamas, As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang dibunuh dengan kejam.

“Namun walau seorang Ismail Haniyeh gugur, ribuan mujahid lagi akan dilahirkan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker