Berita Utama

Ini tanggungjawab, bukan soal tunjuk sapa lebih Islam

'Jemput datang program himpunan huffaz nanti, mana tau terus bersih hati'

BANGI, 1 Safar 1446H, Selasa – “Ini bukan mahu tunjukkan siapa lebih Islam.

“Tetapi tanggungjawab sebagai pemimpin negara Islam yang perlu memartabatkan agama Islam tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.”

Demikian bidas Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap kenyataan Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, semalam.

Peguam hal asasi manusia itu dilaporkan mengkritik kerajaan yang giat menunjukkan mereka lebih mengangkat isu masyarakat Melayu dan Islam daripada Perikatan Nasional (PN).

Dakwanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang membuat gimik mahal dengan menghimpunkan 24,000 huffaz dari seluruh negara di Masjid Wilayah di Kuala Lumpur pada bulan depan.

“Apa-apa pun, bagaimanakah sejumlah wang yang banyak dibelanja bagi mengumpulkan 24,000 huffaz pada acara sekali anjur begini menjadi satu bentuk komitmen yang sebenar kepada Islam?,” katanya di platform X.

Akmal menerusi hantaran di Facebook secara sinis menjemput Latheefa Koya untuk hadir ke program himpunan huffaz bagi mendengar ayat al-Quran.

“Jemput datang nanti untuk dengarkan ayat Al-Quran masa program himpunan huffaz, mana tau terus bersih hati dia nanti, tak ada lah koyak sangat,” sindirnya.

Di media sosial, rata-rata meluahkan rasa pelik orang Islam sendiri tidak cuba untuk mempertahankan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.

“Ni la kita panggil petualang bangsa…himpunan yang baik langsung tak melibatkan politik malah lebih kepada pendidikan khususnya gererasi muda Islam dijadikan agenda,” tulis As Salim Al-Afasy.

“Apa masalah kalau kerajaan nak buat himpunan hufaz tu. Kalau tak suka, senyap sudah,” tulis Atika Ramlan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker