Berita UtamaUtama

Tarikan pelancong popular di Cameron Highlands dirobohkan

Operasi Cameron Santorini menyalahi undang-undang

KUANTAN, 1 Safar 1446H, Selasa – Sebuah tarikan pelancong popular di Brinchang, Cameron Highlands yang beroperasi tanpa kelulusan telah dirobohkan, semalam.

Operasi yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Azmil Hadid Maznan itu bermula kira-kira jam 9 pagi.

Dalam catatan Facebook, majlis itu berkata, operasi turut disertai kakitangan MDCH, jabatan dan agensi daerah termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands (PDTCH), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Foto: Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto: Majlis Daerah Cameron Highlands

“Premis itu dirobohkan atas kesalahan mengikut Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kerana menjalankan pembinaan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

“Semoga tindakan penguatkuasaan ini dapat menjadi iktibar dan peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan agar mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan semasa yang berkuatkuasa,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Premis yang dikenali sebagai Cameron Santorini yang dibuka pada April tahun ini telah menjadi tumpuan utama dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa di tanah tinggi popular di negara ini.

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker