Berita UtamaDunia

Selepas Ismail Haniyeh, Israel ikrar ‘hapuskan’ Yahya Sinwar

Buru Sinwar, serang dan paksa Hamas mencari pemimpin lain

TEL AVIV, 3 Safar 1446H, Khamis – Selepas pembunuhan dirancang as-Syahid Ismail Haniyeh, Israel kini berikrar untuk menghapuskan pula Yahya Sinwar – Ketua Biro Politik Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang baru dilantik.

Ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi berikrar untuk memburu Sinwar, menyerangnya dan memaksa Hamas mencari pemimpin lain.

Bahkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu secara lantang berkata, mereka kononnya akan mempertahankan diri.

“Kami bersedia dari segi pertahanan dan serangan Hamas,” katanya kepada rekrut baharu.

Yahya Sinwar adalah anak jati Palestin yang lahir di Khan Younis pada tahun 1962.

Perjuangan beliau menuntut bela atas rampasan Israel terhadap negara Palestin bermula sejak muda dan berulang kali ditangkap rejim pengganas sejak tahun 1980-an kerana menyertai gerakan anti-penjajahan di Palestin.

Beliau secara rasminya menyertai Hamas pada tahun 1987 yang ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yasin.

Nama Yahya Sinwar merupakan nama yang menakutkan bagi Israael dan mengganggap Yahya Sinwar sebagai ‘dead man walking’.

Israel juga melihat Yahya Sinwar sebagai watak utama dalam serangan yang dilancarakan pada 7 Oktober 2023 ke atas negara haram Israel.

Yahya Sinwar pernah dijatuhi hukuman penjara lebih 400 tahun. Beliau telah dibebaskan dalam perjanjian pertukaran tahanan pada tahun 2011.

Yahya Sinwar juga dianggap arkitek serangan paling dahsyat ke atas Israel dalam beberapa dekad dan bersembunyi di Gaza, menentang percubaan rejim untuk membunuhnya sejak permulaan perang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker