Berita UtamaPendapat

Piagam Madinah asas perpaduan

Sistem yang menolak Islam akan menuju kehancuran

Mutakhir ini ramai yang bercakap soal perpaduan. Cuma tidak dinyatakan secara jelas apakah kerangka perpaduan tersebut. Kerangka Piagam Madinah sepatutnya menjadi rujukan utama apabila bercakap soal perpaduan. Bagaimana Piagam Madinah telah dapat menyatukan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
Secara ringkas Piagam Madinah menjadikan Rasulullah SAW sebagai pemimpin negara. Maknanya ketua negara mesti beragama Islam. Syariat atau Undang-undang negara adalah perundangan Islam. Keizinan dalam hal ehwal kekeluargaan diberi kepada agama lain untuk diamalkan. Agama lain juga boleh diamalkan di negara tersebut. Ini merupakan asas yang telah dibina oleh Rasulullah dan telah dapat menjamin keamanan dan keadilan di Madinah.
Mana-mana seruan perpaduan yang tidak berasaskan kepada dua syarat utama Piagam Madinah akan menemui kegagalan bahkan akan memupuk permusuhan. Keadilan hanya ada pada Islam, mana-mana sistem yang menolak Islam akan menuju kehancuran sebagaimana kehancuran peradaban Barat sekarang ini.
Apa yang pelik, walaupun peradaban Barat mengalami kejatuhan sekarang ini , tetapi manusia di Timur masih mengagungkan Barat kononnya Barat boleh membina perpaduan. Mereka menolak Islam bahkan memperlekehkan Islam. Islam agama kolot, kebelakang dan mundur.
Di Malaysia, Islam dicabar. Islam diperlekehkan. Adakah suasana ini dapat memupuk perpaduan. Jelas jika Islam dicabar, Islam diperlekeh, Islam ditolak. Perpecahan dan permusuhan akan menyusul kemudian hari. Malaysia negara Islam , tapi Islam dicabar di negara ini. Cabaran ini perlu dihentikan kerana ianya akan membawa kepada perpecahan dan permusuhan.
Sharipudin bin Ab Kadir
Perunding Kanan Politik dan Undang-Undang
Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker