Berita UtamaUtama

Zahid ingatkan SG4 ikut garis panduan aktiviti perlombongan REE

TPM kata harga REE turun dengan ketara sebab penimbunan stok oleh negara tertentu

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1446H, Khamis – Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) perlu memastikan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) mereka selaras dengan garis panduan dan ekosistem negara, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya percaya SG4 (Kerajaan Negeri 4, yang terdiri daripada Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan) mempunyai niat yang baik dalam membentuk syarikat untuk menyelia perlombongan REE,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada akhbar selepas melancarkan Persidangan Undang-undang Antarabangsa 2024 di sini pada Khamis (5 September).

“Bagaimanapun, harga REE telah turun dengan ketara berikutan penimbunan stok oleh negara tertentu. Tetapi masih ada potensi.

“Keempat-empat negeri itu boleh mempunyai strategi sendiri tetapi mereka masih tertakluk kepada cukai dan ekosistem yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya seperti dilapor The Star.

Sebelum ini, dilaporkan penasihat SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan SG4 Sdn Bhd untuk perlombongan REE.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, setiap empat negeri akan memegang 25 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker