Berita UtamaDunia

WHO kata fasa pertama kempen vaksin polio di Gaza berjaya

Hampir 200,000 kanak-kanak bawah usia 10 tahun terima vaksin

GAZA, 2 Rabiulawal 1446H, Jumaat – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, fasa pertama kempen vaksin polio di Gaza berjaya apabila dos awal diberi kepada hampir 200,000 kanak-kanak di tengah wilayah Palestin.

Agensi itu berkata, lebih 187,000 kanak-kanak di bawah usia 10 tahun berjaya diberi vaksin.

Kempen itu dijalankan antara 1 dan 3 September di tengah Gaza – dibantu jeda kemanusiaan di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tujuan kempen ini untuk memberikan vaksin sepenuhnya kepada lebih 640,000 kanak-kanak di wilayah yang terkepung akibat perang hampir 11 bulan.

Lebih 500 pasukan merangkumi hampir 2,200 pekerja kesihatan dan sukarelawan mengambil bahagian dalam kempen di tengah Gaza itu, dengan vaksinasi disediakan di 143 tapak tetap di seluruh kawasan itu.

Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan kehadiran yang ramai pada hari ke-2 kempen di kawasan tengah Semenanjung Gaza.

Tumpuan selepas ini selatan Gaza, di mana dianggarkan 340,000 kanak-kanak akan menerima dos pertama mereka dalam tempoh empat hari akan datang.

WHO berkata, untuk peringkat akhir, kempen itu akan tertumpu di utara Gaza antara 9 dan 11 September, menyasarkan kira-kira 150,000 kanak-kanak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker