Berita UtamaDuniaUtama

Cukup sudah, tiada lagi wang untuk mesin perang Netanyahu: Senator AS

Sanders kritik pentadbiran Biden berik sokongan kepada Israel dalam perang berterusannya di Gaza

WASHINGTON, 8 Rabiulawal 1446H, Khamis – Amerika Syarikat (AS) harus berhenti membiayai perang Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu di Semenanjung Gaza, kata Senator Bernie Sanders.

“Minggu ini sahaja, 19 orang terbunuh dan lebih ramai cedera dalam serangan di ‘zon kemanusiaan’ di Gaza. Seorang warga Amerika ditembak di kepala di Tebing Barat. Kini, sebuah sekolah lain dibom, membunuh 14 orang, termasuk 6 pekerja bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Cukup sudah. ​​Tiada lagi wang untuk mesin perang Netanyahu,” kata Sanders pada X.

Terdahulu, tentera rejim pengganas Israel membunuh aktivis Turkiye Amerika Aysenur Ezgi Eygi, 26, semasa pencerobohan Jumaat lalu terhadap penempatan haram Israel di bandar Beita di luar Nablus.

Walaupun pembunuhan Eygi menimbulkan reaksi di seluruh dunia, Presiden AS, Joe Biden menyifatkan penembakan Eygi oleh penembak tepat Israel sebagai ‘kemalangan’ sambil menambah peluru itu nampaknya “memantul dari tanah, dan terkena dia.”

Kemudian, Biden, yang belum bercakap dengan keluarga mangsa untuk mengucapkan takziah, berkata dia ‘marah dan sangat sedih’ dengan pembunuhan itu.

“Perlu ada tanggungjawab penuh. Dan Israel mesti melakukan lebih banyak lagi untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Sanders telah lama mengkritik pentadbiran Biden kerana memberikan sokongan kepada Israel dalam perang berterusannya di Semenanjung Gaza yang terkepung, di mana lebih 41,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh sejak 7 Oktober lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker