Berita UtamaDuniaUtama

Muzium New York City pecat 3 pekerja kerana pakai keffiyeh

Lebih 50 pekerja menghantar petisyen minta kepimpinan batal larangan pemakaian

NEW YORK, 9 Rabiulawal 1446H, Jumaat – Muzium Noguchi New York City berkata, semalam ia memecat tiga pekerja kerana mereka melanggar kod berpakaian dengan memakai keffiyeh, lapor Reuters.

Bulan lalu, muzium seni – yang diasaskan oleh pengukir Jepun Amerika Isamu Noguchi – mengumumkan dasar yang melarang pekerja daripada memakai apa-apa yang menyatakan “mesej politik, slogan atau simbol.”

“Walaupun kami memahami bahawa niat di sebalik memakai pakaian ini adalah untuk menyatakan pandangan peribadi, kami menyedari bahawa ungkapan sedemikian boleh secara tidak sengaja mengasingkan segmen pengunjung kami yang pelbagai,” menurut pengurusan muzium dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Natalie Cappellini, salah seorang daripada tiga kakitangan galeri yang dipecat, melalui Instagram berkata, kepimpinan muzium mempersenjatai istilah ‘politik’ terhadap perjuangan Palestin.

Berikutan keputusan muzium itu, lebih 50 pekerja menghantar petisyen meminta kepimpinan membatalkan “larangan keffiyeh mereka yang tiba-tiba”. 

Mereka berkata langkah itu “meneruskan corak amalan membalas dendam terhadap orang kulit berwarna yang lantang di muzium.” 

Sebagai tindak balas, aktivis telah melancarkan hashtag #PalestineInTheMuseum, yang menyaksikan orang ramai menghadiri muzium itu dengan memakai keffiyeh mereka dan membawa sepanduk menyeru agar penjajahan dihentikan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker