Berita UtamaDuniaUtama

Pokok tumbang hempap kereta di George Town, 2 dipercayai maut

Operasi menyelamat sedang dijalankan

GEORGE TOWN, 14 Rabiulawal 1446H, Rabu – Sekurang-kurangnya dua orang dipercayai maut apabila sebatang pokok tumbang menghempap kereta mereka di Lebuh Gereja di sini.

Kedua-dua mereka yang masih belum dikenal pasti berada di dalam kereta yang diletakkan di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang Rabu (18 September).

The Star melaporkan, operasi menyelamat sedang dijalankan kerana anggota bomba berada di tempat kejadian untuk memotong dahan-dahan bagi menyelamatkan mangsa.

Selain di Lebuh Gereja, pokok dilaporkan tumbang di banyak kawasan di Pulau Pinang, menurut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Antara kawasan yang terjejas ialah Lorong Perak, Jalan Titi Kerawang, Jalan Anson, Jalan Scotland, dan Jalan Mount Erskine.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker