Berita Utama

55 kanak-kanak rumal amal GISBH di Perak diselamatkan

Semua kanak-kanak ini kini ditempatkan di rumah jagaan JKM

IPOH, 23 Rabiulawal 1446H, Jumaat – Seramai 55 kanak-kanak di rumah amal kendalian GISB Holdings (GISBH) di Perak berjaya diselamatkan menerusi Op Global.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kanak-kanak ini rata-ratanya berusia 12 tahun dan ke bawah, kini ditempatkan di rumah jagaan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengulas mengenai status gerakan GISBH di Perak sama ada serius atau tidak, katanya, semua bergantung hasil kajian dijalankan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Justeru, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas laporan lengkap mengenai GISBH di Perak diterima daripada JAIPk.

“Secara kebetulan, Sultan Perak adalah pengerusi MKI yang akan mengendalikan masalah ini, jadi negeri Perak kita sedang mengumpul maklumat. Kita kena tunggu Majlis Fatwa Kebangsaan dan kita akan ikuti apa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Sehingga laporan lengkap (diterima), baru saya akan menghadap Sultan Nazrin. Kita kena tunggu laporan kajian JAIPk selaku jabatan yang terbabit itu, bersama polis,” katanya seperti dilapor Berita Harian. 

Terdahulu, ratusan kanak-kanak yang didakwa anak pengikut GISBH telah diselamatkan melalui operasi yang dilaksanakan di beberapa negeri.

Ia susulan dakwaan GISBH mengeksploitasi kanak-kanak malah ada sebahagian mereka ini di ‘bin’ kan dengan Abdullah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker