Berita Utama

Polis terima laporan peniaga jual alas kaki ada imej Kaabah

Dua ditahan, permohonan reman hari ini ikut Seksyen 298

GEORGETOWN, 4 Rabiulakhir 1446H, Isnin – Polis Pulau Pinang menerima laporan mengenai alas kaki yang didakwa mempunyai imej Kaabah dan masjid.

Alas kaki berkenaan dilaporkan dibeli di bazar Deepavali di Lebuh Pasar.

Susulan itu,  Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin mengesahkan dua peniaga berusia 26 dan 41 tahun ditahan.

Katanya, laporan itu dibuat semalam oleh seorang lelaki tempatan yang mana pengadu mendakwa melihat beberapa alas kaki ada corak imej Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai.

“Lelaki berkenaan kemudian membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Permohonan reman dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker