Berita UtamaKata Pedang

Kibar bendera China: Respons King Sing tak sensitif kedaulatan negara

Bukan rakyat China saja yang mahu datang melancong ke Malaysia

BANGI, 25 Rabiulakhir 1446H, Isnin – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing wajar dipecat kerana bersikap tidak sensitif terhadap kedaulatan negara. 

Ini susulan kenyataannya yang menyelar tindakan sebahagian rakyat Malaysia dalam isu kibaran bendera China, baru-baru ini.

Isu tercetus apabila sekumpulan warga asing mempamerkan bendera China pada perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak.

Tindakan itu mendapat kecaman rakyat, namun King Sing sebaliknya menganggap sambutan Guan Gong Sedunia yang berarak sambil mengibarkan bendera China itu sebenarnya lebih kepada menyatakan sokongan serta tanda persahabatan dan tidak sepatutnya diperbesarkan.

Dakwanya, insiden itu sebenarnya sengaja diperbesarkan oleh segelintir yang mahu mengeruhkan suasana harmoni pada masa ini.

Mengulas perkara itu, Ketua Penerangan Berjasa, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, King Sing selaku menteri di dalam kerajaan wajar untuk memilih pendekatan mempertahankan identiti nasional negara dahulu.

Malaysia adalah sebuah tanah yang berdaulat, maka mana-mana pihak luar yang datang ke Malaysia perlu menghormati kedaulatan Malaysia ini.

“Satu tindakan bodoh apabila sanggup menggadaikan kedaulatan dan maruah negara atas nama pelancongan sedangkan bukan hanya rakyat China sahaja yang ingin datang melancong ke Malaysia.

“Jika benar tindakan itu ingin diteruskan, kesetiaan beliau terhadap Malaysia wajar dipersoalkan dan layak untuk dipecat sebelum menjadi barah dalam kerajaan sekarang ini.

“Malaysia memerlukan ahli Kabinet yang setia dan cinta kepada negara bukannya pemimpin sombong,” katanya. 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker