Berita UtamaDunia

Penduduk Gaza terus ‘mati kebuluran’ akibat kepungan Israel

Israel gunakan kelaparan sebagai senjata dalam genosid terhadap Palestin

Negara haram Israel terus menggunakan kelaparan sebagai senjata dalam genosid terhadap rakyat Palestin, lebih malang bantuan kemanusiaan tidak dapat diakses penduduk akibat serangan pengeboman berterusan. 

Kumpulan hak asasi, Oxfam memberi amaran, sebahagian rakyat Palestin di utara Gaza akan mati kelaparan dan lebih ramai terkorban dalam beberapa hari akan datang.

Kira-kira 96 peratus populasi di Gaza menghadapi kekurangan makanan yang tinggi.

Menurut UNICEF, sembilan daripada sepuluh kanak-kanak kekurangan nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan atau dehidrasi dalam tempoh setahun peperangan.

Sekitar 50,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun memerlukan rawatan segera untuk kekurangan zat makanan menjelang akhir tahun.

Pada hari Ahad, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyeru gencatan senjata segera, pembebasan tebusan, dan “akauntabiliti untuk jenayah di bawah undang-undang antarabangsa”.

Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh di Beit Lahiya pada hari Sabtu selepas tentera Israel menyasarkan lima bangunan di utara Gaza. Sepuluh orang lagi terbunuh dalam serangan berasingan di Beit Lahiya.

Serangan Israel di bandar Jabalia, Beit Hanoon dan Beit Lahiya di Gaza Utara setakat ini telah meragut nyawa sekitar 800 rakyat Palestin semasa kepungan yang berterusan, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker