Berita UtamaPendapat

Bendera China vs bendera Palestin

Terlalu banyak kes berlaku, masih nak kata kibar bendera China tanda solidariti?

1. ADA pihak yang cuba mempertahankan tindakan mengibar bendera China yang berlaku di Teluk Intan baru-baru ini dengan pelbagai hujah. Antaranya ia sekadar tanda solidariti antara dua negara. Antaranya adalah ianya sama dengan tindakan ramai orang Islam yang mengibarkan bendera Palestin.

Demi menjaga nama baik Teluk Intan, saya sebagai orang asal sebelah sana ingin memberikan pandangan. Sikit sahaja, ramai dah ulas. Sekadar menambah garam dan rempah.

2. Solidariti ke atau apa-apa juga istilah ini tak boleh dipakai dalam kes kibar bendera negara China. Apatah lagi nak menyamakannya dengan kibaran bendera Palestin.

3. Sesuatu tindakan yang berlaku hari ini perlu dibaca dalam konteksnya. Apa yang berlaku sebelumnya dalam tempoh yang panjang akan menjelaskan apa motif sesuatu perbuatan itu dilakukan hari ini.

4. Dalam isu bendera Palestin, jelas dalam tempoh yang panjang orang Islam berasa sedih kerana Palestin dijajah. Pembunuhan dan sebagainya mengundang simpati lalu berlakulah kempen kemanusiaan, kempen pembebasan, lagu, nasyid, pementasan, sumbangan kewangan dan usaha-usaha yang pelbagai.

Semua itu yang berlaku dalam tempoh puluhan tahun menjelaskan kenapa bendera Palestin berkibar banyak di Malaysia; iaitu untuk menberikan sokongan kepada rakyat Palestin yang terjajah. Saya rasa jelas motif itu.

5. Dalam kes bendera negara China, perlu dilihat apa yang berlaku dalam puluhan tahun kebelakangan ini.

i. Usaha mengiktiraf UEC dengan rujukan silibusnya dari tanah besar China.

ii. Usaha memperkasakan sekolah vernakular dengan bahasa Cina sebagai pengantarnya.

iii. Usaha menaikkan tokoh-toloh Komunis yang berwala’kan tanah besar China.

iv. Pembangunan pasar Petaling Street dan seumpamanya yang mendapat perhatian wakil diplomatik China.

v. Isu perluasan pengaruh China di Laut China Selatan yang menggugat kedaulatan negara.

vi. Kebanjiran pelancong China yang hilang tak keluar dari Malaysia.

vii. Usaha penganugerahan kewarganegaraan kepada warga China.

viii. Usaha pengukuhan bisnes China di Malaysia dalam bentuk syarikat makanan, perkhidmatan dan lain-lain.

ix. Lawatan tentera China ke sekolah Cina.

x. Dan banyak lagi yang boleh disenaraikan.

6. Dengan senarai yang banyak itu, bagaimana orang Malaysia boleh tertipu lalu percaya bahawa kibaran bendera China di Teluk Intan hanya sekadar tanda solidariti antara dua negara?

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi GSPP

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker