Berita UtamaDunia

Hamas sedia bincang perjanjian baharu tamatkan perang Israel di Gaza

Pengunduran tentera Israel, bina semula Gaza tanpa halangan

GAZA, 27 Rabiulakhir 1446H, Rabu – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sedang mempertimbangkan cadangan baharu daripada pengantara untuk menamatkan perang Gaza yang membunuh puluhan ribu nyawa orang awam.

Dalam perjanjian itu, Hamas masih menetapkan syarat pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari wilayah terkepung itu, lapor Reuters.

Hamas mengesahkan pihaknya terbuka dengan sebarang perjanjian atau idea yang boleh menamatkan penderitaan rakyat di Gaza, mencapai gencatan senjata tetap, dan pengunduran penjajah dari seluruh Semenanjung Gaza.

Demikian tegas pegawai Hamas, Sami Abu Zuhri dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Beliau turut menyatakan bahawa perjanjian itu mesti menamatkan sekatan yang dikenakan oleh Israel di wilayah itu, membenarkan bantuan kemanusiaan dan pembinaan semula Gaza tanpa halangan, serta pertukaran tebusan warga Israel di Gaza dengan tahanan Palestin di Israel.

Sebaliknya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa perang hanya akan tamat apabila Hamas dihapuskan.

Qatar berperanan sebagai pengantara bersama pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden – sebelum pilihan raya presiden pada 5 November untuk mencapai perjanjian gencatan senjata Gaza, kata jurucakap Kementerian Luar Qatar.

“Kami tidak menjangka sebarang kesan negatif daripada pilihan raya ke atas proses pengantara,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker